Realiti Demokrasi Islam
Realiti Demokrasi Islam

Realiti Demokrasi Islam

Demokrasi Islam merupakan sebuah konsep di mana prinsip-prinsip Islam digabungkan bersama prinsip-prinsip demokrasi moden. Konsep ini mencangkupi kebebasan berpendapat, berkegiatan, hak asasi manusia dan melibatkan keahlian publik dalam proses pemilihan dan pengambilan keputusan. Demokrasi islam juga menekankan aspek kepimpinan yang adil, ketelusan, akauntabaliti dalam pemerintahan. Namun implementasi demokrasi Islam masih diperdebatkan di kalangan ahli akademik dan pengamal politik.[1]Dalam konteks demokrasi moden di barat, sistem ini menjadi kemuncak kebebasan pemerintahan sebagai pemacu politik yang diagungkan masyarakat dan pimpinan mereka. Peluang diberikan samarata kepada setiap ahli komuniti untuk menyuarakan pandangan dalam pemerintahan negara melalui undian. Hak diberikan tanpa melihat status sosial mahupun taraf kehidupan. Mekanisme ini akhirnya diterima pakai oleh hampir keseluruhan negara dunia sebagai satu bentuk aplikasi pemerintahan dan pentadbiran termasuk beberapa dunia Islam.[2]Demokrasi diterima pakai dalam komuniti Islam sebagai sebuah sistem pentadbiran atas ketersamaan elemen-elemen seperti keadilan al-Adalah, kebertanggungjawaban Masuliyyah, perbincangan Syura, kebebasan Hurriyyah, samarata Musawah dan ketelusan Amanah. Meskipun terdapat perbezaan pada kedua-dua konsep ini, namun kemungkinan adanya ruang adaptasi dan interpretasi dapat dihubungkan dalam konteks sosial dan budaya yang bersesuaian dengan suasana masyarakat dan kawasan pengaplikasian.